diam xbermakna benci, xbemakna bosan or xbemakna lari, tapi kadang2 itu jalan terbaik untuk menyelesaikan, menghilangkan rasa yang xsepatutnye ade dalam diri. xperlu berkata "BENCI" atau "CINTA" hanya dengan mulut semata2 sedangkan hati menipu.tanpa mendengar kite juge dapat merasa jdi xpayah la untuk menipu diri sendiri ataupun orang laen. perasaan xbleh dipermainkan. Lelaki dan wanita banyak bezanya tetapi perbezaan sering menjadi ungkitan antara dua jiwa , mengapa ? sedangkan perbezaanlah yang melengkapkan antara dua jiwa . Jika dua jiwa mempunyai isi yang sama apalah ertinya cinta . Tiada yang dapat memnuhi dan dipenuhi antara ruang - ruang yang ada .
Jika si lelaki mahukan begini , wanita pula mahukan begitu . Bukan kah lebih baik cuba menerima seadanya . Aku mengaku ia agak sukar dan aku sedang cuba mengapplikasikanya . Kalau satu jiwa saja yang berusaha maka hampa hasilnya tetapi jika dua jiwa yang bergabung dan cuba menyelami ternyata ia adalah sesuatu yang amat mudah untuk diadaptasi .
Sebenarnya , malang bagi lelaki yang mendapatkan aku kerana aku sedikit pun tidak pandai untuk berkata - kata dan aku hanya pandai mentertawa , bergurau senda dan sedikit pun tidak pernah cuba menyelami hati dan jiwa mereka yang menghargai aku seadanya . Aku tidak pandai untuk bersikap serius , yang aku tahu aku hanya pandai tersenyum biar pun masalah yang melanda sebesar mana sekalipun .
Mungkin ciri - ciri di atas sedikit pun tidak dapat menarik perhatian si lelaki yang ada , tapi aku mempunyai satu prinsip yang aku beri " bercinta biar sepenuh hati " . Kadangkala , satu kesalahan dilihat lebih besar dari 1000 kebaikan yang ada kerana apa ? kerana kesalahan se akan suatu kontra yang mana warnanya jelas kelihatan di antara permata . Aku mengerti dan aku fahami .
Kita sering tergoda dengan kecantikan dunia tetapi tidak sedar kecantikan yang lahir dari hati adalah sebaiknya . Kerana kecantikan hati ini tidak dapat dilihat secara mata kasar tetapi ianya perlu diselami dan perlu untuk kau fahami . Jika kau gagal dalam mencari , maka buruk yang akan kau temui .
Jika bercinta , kau tidak harus mempersoalkan apa yang si dia memberi tetapi kau harus tanyakan sejauh mana kau menerima sikapnya yang sedia ada . Jujurnya , aku tidak pandai berbicara , bukan romantik orangnya , bukan jenis yang menjaga hati tetapi aku sudi menerima . Aku menerima tanpa sebab . Jika menerima dengan sebab maka terdapatlah juga sebab untuk kau menolaknya . Akhir sekali , aku masih mencintai . sekian .




No comments:
Post a Comment